BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Satu memori kepada keindahan alam semulajadi. Terletak 45 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, satu jam perjalanan dari Bandar Ipoh dan 25 minit dari Homestay D`Laman Padi Bagan Serai. Selain itu BMLR terletak tidak jauh daripada Bandar Taiping, Taiping Golf Resort, Hutan Paya Bakau Matang (Matang Mangrove Forest) di Kuala Sepetang dan Kuala Gula Bird Sanctuary Park.
KUALA GULA BIRD SANCTUARY PARK
Kuala Gula telah menjadi satu lokasi yang sangat polular kepada berbagai jenis burung yang datang dari seluruh dunia untuk membuat sarang dan bertelur di kawasan ini.
Lebih dari 100 spesis telah dikenalpasti dengan sebahagiannya adalah dari jenis yang dilindungi. Selain burung-burung terdapat juga mamalia lain seperti memerang, ikan lumba-lumba, berbagai jenis monyet dan ungka ekor panjang.
Kemudahan yang terdapat disini ialah surau, tandas awam dan restoran terapung yang menyediakan makanan dari hasil laut yang segar. Walaupun burung-burung ini dapat dilihat sepanjang masa namun, tempoh yang bersesuaian dilawati ialah di antara September dan Disember dimana beribu-ribu ekor burung akan kelihatan disetiap kawasan Kuala Gula.